Monday 19 September 2011

SEKOLAH UNIK MALAYSIA

SEKOLAH UNIK MALAYSIA (my imagination)

INTRO :) =>
aku masih tidak puas menjalani kehidupan kanak-kanak.. aku tak mahu masuk ke dunia remaja yang penuh cabaran, rintangan, dugaan etc~ :/

aku tahu, setiap manusia pasti meningkat umurnya, tapi..

1ST :) =>
kalaulah di Malaysia ini wujudnya sekolah yang mengambil murid dari tahun 1 hingga ke universiti.. (orang yang sama) selepas tamatnya pengajian, barulah dibuka pendaftaran untuk pengambilan tahun 1 bagi generasi baru.. kalau ada sekoklah macam tu, sumpah aku nak masuk! confirm tak terpisah kawan-kawan sepermainan sejak kecil.. ;) jodoh pun kat situ je :P

2ND :) =>
seperti sekolah yang aku nyatakan di atas, INSYAALLAH kalau aku ada rezeki akan aku bina sekolah sedemikian kerana itulah impian aku! (bukan cita-cita) dan jikalau impian aku itu menjadi kenyataan, setiap tahun akan aku ambil guru-guru yang terbaik untuk mengajar disekolah itu.. guru-guru yang terpilih amatlah bertuah.. ;) yuran yang dikenakan berpatutan tetapi pelajar yang ingin memohon hendaklah berlatar belakangkan keluarga yang baik, sahsiah yang tinggi, pandai berdikari (asrama kan..), berfikiran kreatif, sentiasa memberikan komitmen kepada pelajaran, aktif dan ciri-ciri lain yang perlu ada dalam diri setiap murid itu.. tetapi, temu duga dijalankan sebelum layak digelar pelajar disekolah itu.. pelajar yang akan diambil hanyalah 50 lelaki dan 50 perempuan iaitu keseluruhan 100 pelajar..

haha :D

3RD :) =>
siapa yang teringin sekolah macam tu? haha, aku belajar leklok nanti kalau aku dah kaya, INSAYAALLAH aku akan tubuhkan SEKOLAH UNIK MALAYSIA yang akan aku bina di kawasan pendalaman untuk membina jati diri murid-murid, fikir-fikirkanlah.. tapi aku rasa nanti dah takde dah kawasan pendalaman.. kalau takde aku nak hias tempat tu dengan daun-daun seperti di dalam hutan~ huh!

tapi walaupun dekorasi dia macam hutan, tapi rekabentuk dia aku akan buat yang canggih nak mati punya.. bilik darjah ada air-cond, asrama bukan apartment, tapi rumah sebuah-sebuah seperti rumah sewa.. 1 rumah, 5 orang.. maknanya semua rumah ada 10 buah.. tak main dah kan asrama tingkat tingkat ni.. :P

4TH :) => semua jenis makmal ada, makmal IT yang dilengkapi dengan i-pad or mungkin time tu ada yang lebih canggih.. makmal tu ada guard so, korang takleh nak bawak balik menatang tu.. ada printer, fotostat, tv, etc~ (teknologi)

makmal penyiasatan pulak, dilengkapi dengan segala jenis aparatus sains, bahan-bahan yang digunakan oleh saintis untuk mengkaji sesuatu.. dan segala buku tentang fakta sains terdapat didalam makmal tersebut.. bolehlah buat rujukan ye adik-adik..

makmal sejarah.. haha :D ni akan aku buat sejibik macam muzium negara+melaka=everything about world!!! haha, sesiapa nak ulangkaji tentang sejarah rajin-rajinlah berkunjung ye.. tak kena bayar tiket pun.. :P

makmal muzik, haa~ ni special sikit.. ada, all kind of music genre,
pop, r&b, jazz, jiwang karat, ballada, etc~ rock&hardcore tak termasuk ye..(muzik yang merosakkan otak dan jiwa) then, all music instruments are there! facts about music from A-Z..

makmal seni! huhu, aku akan beli semua lukisan from abroad, then aku nak buat macam galeri lukisan.. then semua jenis colour ada, alat-alat yang digunakan untuk mewarna pun ada :)

perpustakaan.. aku nak buat lagi gempak daripada perpustakaan negara.. semua jenis buku ada.. dijual dan dipinjam.. pengawas bukan murid, tapi orang dewasa :P komik, buku pelajaran, majalah(dijual), novel, buku resepi masakan etc~ nak pinjam kene bawak ic.. kena tandatangan surat pinjaman dan kalau nak pulangkan, kena tunjuk.. kalau hilang surat pinjaman tu, kena denda(bukan duit, tapi buat kebajikan masyarakat).. :D

huh, kuatnya imaginasi aku ni.. :)

5TH :) =>
setiap murid yang mendaftar untuk menjadi murid, hendaklah memilih jurus apa yang diminati. cth: kelab menari, berenang, muzik, nyanyi, fashion, and kelab-kelab yang terdapat disekolah biasa.. aku malas nak taip dah -_-

{ HERE I CLOSE MY IMAGINATION }

OKAY, SAMPAI DISINI UNTUK HARI INI.. NANTI AKU AKAN SAMBUNG CERITA PASAL
SEKOLAH UNIK MALAYSIA NI LAGI..

SETERUSNYA :)
REKABENTUK SEKOLAH UNIK MALAYSIA
UNIIFORM RASMI MURID DAN GURU
BAHASA YANG DIGUNAKAN KETIKA BERCAKAP ATAU BERURUSAN
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

SEKIAN SAHAJA UNTUK HARI INI.. MOHON MAAF KALAU ADA TERPERLI SEKOLAH KORANG <3

HOPE U ENJOY READING MY IMAGINATION!

No comments:

Post a Comment